Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
- Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
- “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
- “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
- “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
- “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
- Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
- Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
- Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
No comments:
Post a Comment