AUTOBIOGRAFI
Karangan autobiografi
biasanya mengisahkan tentangriwayat hidupsesuatu benda.
Karangan jenis ini biasanya
memerlukan calonmembayangkandiri calonsebagai
sesuatubenda/ perkara secara
terperinci.3.Karangan jenis ini dibahagikan kepada beberapa jenis
antaranya ialah
o
a)autobiografi
benda
o
b)autobiografi binatang
o
c)autobiografi
pokok / tumbuhan
Karangan calon
boleh menyentuh perkara-perkara seperti berikut:
o
a)tempat
dibuat atau tempat asal
o
b)rupa bentuk
dan sifat
o
c)siapa diri
o
d)tempat-tempat
yang dilalui
o
e)fungsi atautugaspada setiap hari
o
f)pengalaman
o
g)perasaan terhadap sesuatu perkara atau seseorang
o
h)kesudahan
hidup
Karangan
mestilah ditulis secara berperenggan mengikut urutan.
Karangan perlu mempunyai pendahuluan,
empat isi utama, dan penutup.Isi-isi perlu
ditulis dalam perenggan yang berlainan.
Gunakan bahasa
yang mudah difahami dan ayat
yang pendek serta jelas.
Calon boleh memasukkan pendapat dan cadangan terhadap perkarayang diceritakan.
Contoh
Karangan - Autografi
Aku
Sebuah Kereta
Saya bernama Proton Myvi. Saya
dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Tubuh saya
diperbuat daripada besi. Tubuhku berwarna biru.
Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan telah dihantar kepada agen-egen menjual
kereta di Johor Bahru dengan sebuah lori. Apabila tiba di kedai itu, kami
dipamerkan di kedai menjual kereta itu.
Saya berharga RM50,000.00. Saya adalah model yang tercantik di antara
kawan-kawan saya yang lain di kedai itu.
Dua minggu kemudian, datang seorang wanita ke kedai menjual kereta itu. Dia
ingin membeli sebuah kereta. Setelah melihat-lihat kami, akhirnya saya
telah dipilihnya kerana kecantikanku.
Tuan
saya bernama Siti. Dia ialah seorang doktor. Setiap hari, dia menggunakan saya
untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Kadang-kadang, dia juga menggunakan
saya untuk membawa keluarganya pergi bersiar-siar.
Tuan saya sangat menyayangi saya. Dia sentiasa mencuci dan membersihkan badan
saya. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang begitu
baik. Saya berharap dapat berkhidmat untuk tuan saya sehingga akhir hayat.